Monday, April 16, 2012

Demo Anti-PTPTN, Apa Pendapat Aku? BHG 1



Kecoh betul petang Sabtu kelmarin di Kuala Lumpur berkenaan dengan demonstrasi yang didalangi geng pro Mahasiswa (SMM, PMIUM, GAMIS, Komunis dan Freemason). Menurut maklumat yang diterima dari kumpulan Blogger Kapak. Para pelajar mula berkumpul di tengah bandar raya Kuala Lumpur tengah hari tadi. Khabarnya budak-budak ni akan berkampung di dataran sehingga 28 April ni in conjunctin with Bersih 3.0, udah macam protes #OccupyMovement la pulak beb.


Jika disebut ajer nama-nama organisasi seperti yang disebut di atas, pasti akan terbayang nama-nama aktivis 'mahasiswa' seperti Fahmi Reza Bintang Tiga, Adam Adli Hero Kampung Kerinchi Penang Mari, dan Safwan Anang 'Battering Ram' Wilcha termasuk serbanista berketayap putih hijau dan berpurdah dari GAMIS. Ye, merekalah muka-muka yang terlibat dalam demonstrasi ini. Personally, I have nothing against them walaupun kami tak sekapal dan sependirian. Berkenaan dengan PTPTN biar aku perjelaskan apa pendapat aku mengenainya.



Untuk pengetahuan korang, aku jugak adalah peminjam skim pinjaman ini semenjak menyambung pelajaran tinggi di sebuah kolej swasta (Cybernetics) pada tahun 2008. Aku dari pertengahan 2008 hinggalah 2011 meminjam wang dari PTPTN untuk menjelaskan yuran pengajian aku di IPTS tersebut. Secara teknikalnya sekarang, aku pun berhutang dengan PTPTN. So, nak dengar apa pandangan aku. Teruskan membaca.


Secara jujurnya aku nak nyatakan bahawa sebelum aku meminjam apatahlagi menyambung pengajian tinggi, aku TAK PERNAH DENGAR dan AMBIK TAHU langsung pasal PTPTN nie apatahlagi terpikir nak meminjamnyer. Dulu lepas aku habis SPM dengan markah tak seberapa, aku hanya berniat nak repeat jer paper untuk tempoh setahun lagi hingga lulus dengan markah cemerlang kerana aku berazam dengan markah yang lebih baik. Aku dapat menyambung pengajian dalam bidang perfileman supaya aku dapat menjadi seorang penerbit, pengarah, dan screenwriter filem seperti idolaku George Lucas, Ingmar Bergman, Ridley Scott, Peter Jackson dan ramai lagi pengarah tersohor dunia filem.




Akan tetapi, niat aku nak repeat paper SPM dibangkang oleh ahli keluargaku atas sebab mereka mahu aku masuk terus jer ke IPT. Bagi itu tidak mengapa kerana aku sendiri sudah muak dan bosan hendak memandang buku teks SPM, akan tetapi niat aku untuk menjadi seorang anak seni juga turut dibangkang sekerasnya oleh mereka kerana tak mahu aku hanyut dalam dunia seni di usia muda. Omak eden atas nasihat abang aku mengesyorkan aku untuk menyambung pengajian dalam bidang IT.


Aku pun mulalah bingung kepala, IPT manalah nak terima aku dengan result SPM yang sedikit kureng dari cukup makan nie. Masa tu kalau korang nak tahu negara baru merasa kehangatan bahang PRU ke 12 yang menyaksikan kerajaan BN dinafikan hampir 2-3 kerusi majorit Parlimen. Jadi aku terfikir kerajaan 'hampeh' (mengikut persepsi aku ketika itu) ni boleh ke nak tolong pelajar seperti aku?. Hmm, aku bukan spesis Melayu bangsat yang mengharapkan segalanya percuma bagi keperluan hidup. Tambahan pulak, rejim Imam Hadhari Pak Lelah Kaki Tido dan anak menantu kaki mencapab tu boleh sangat ke diharapkan nak menolong rakyat?. (mengikut pandangan peribadi aku)




Walaupun aku ni budak Damansara tapi hidup aku ni taklah semewah mana, bapak aku pun kesana kemari bawak kereta Proton Iswara 1994 2nd hand dengan Proton Waja 2001 jer. Bapak aku jugak bukannya berpangkat Datuk ataupun Tan Sri. Beliau cuma bekas pegawai tinggi angkatan tentera jer. Kami seumpama Melayu middle-class ditengah lautan golongan Melayu high-class dan kami walaubagaimanapun tetap bersyukur dengan apa yang ada.


Selama hampir sebulan mencari IPT yang sesuai untuk aku menyambung pengajianku akhirnya aku terjumpa satu IPTS di Kuala Lumpur yang mengadakan usahama dengan UPM dalam pengajian komputer. Aku pun tak lepaskan peluang terus mendaftarlah masuk ke kelas modular selama tiga bulan. Maka, ketika itulah aku pertama kali dalam hidup aku terdengar apa itu PTPTN melalui proses orientasi yang dijalankan oleh Department of Student Affair.


Sebenarnya kalau nak diikutkan di kolej aku ni ada dua pilihan nak membiayai yuran pengajian. Iaitu sama ada melalui PTPTN ataupun MARA. Namun, yang TETAP JADI PILIHAN PARA PEGAWAI DSA INI ADALAH PTPTN!. Aku pun masa tu jahil lagi bab-bab semua ni jadi ikut sajalah apa yang mereka syorkan. Lagipun pada hemat aku, MARA tu duit bantuan untuk golongan miskin khasnya mereka dari luar bandar. Jadi apa kejadahnya aku nak makan duit orang miskin sedangkan aku nipun terlebih makan!. PTPTN pun PTPTN lah.


Mulanya aku sendiri pun tidak tahu apa perbezaan sebenar PTPTN dengan MARA ni kerana aku ingat keduanya lebih kurang dua kali lima sajer. Akan tetapi, sangkaan aku meleset. Ianya memang tak sama 100% langsung!. Untuk pengetahuan korang, aku melalui pinjaman ni dalam satu semester memperbelanjakan hampir RM4000 untuk kos pengajian dan penginapan (RM3000=pengajian & RM1000=penginapan). Bayangkan kami dalam satu semester jika menginap di hostel yang disediakan pihak kolej TAKKAN DAPAT MERASA SATU SEN PUN dari pinjaman kami ini melainkan baki RM100 yang kami dapat itupun tak cukup untuk seminggu apatahlagi satu semester. Jadi apa nak mengeluh lagi jika dada pun dah sesak nafas. Perit gila beb!. Itu belum kira lagi yang duduk di luar hostel. Cuba bayangkan sewa rumah berapa di area Taman Maluri dan Pandan tu?




Malahan, aku pernah dengar dari senior aku sendiri ada di kalangan mereka terpaksa berkongsi SATU PAKET MAGGI UNTUK EMPAT ORANG MEMBER!. Cuba bayangkan betapa melarat dan peritnya kehidupan mereka di Kuala Lumpur ini. Lebih-lebih mereka ni hanya student dan perlukan banyak duit untuk keperluan assignment. Kalau yang ada motor tu bolehlah kerja part-time di restoran fast-food. Namun begitu, beban tetap tak boleh ditanggung 100% jugak. Kemungkinan besar kes apek ditumbuk di KFC dua bulan sudah adalah manifestasi terhadap tekanan yang mereka hadapi sebagai pelajar dan pekerja part timer kerana terpaksa nak juggle antara kedua-duanya sekali dalam satu masa.


Usahkan bekerja di restoran makanan segera. Menurut pensyarah aku, ada yang ditangkap BEKERJA SEBAGAI PENARI TIANG BOGEL di kelab malam yang beroperasi secara haram di Pudu, Kuala Lumpur!. Agak-agak pelajar perempuan tersebut meminjam dari mana?. MARA atau PTPTN?. Untuk pengetahuan korang semua, pelajar yang mengambil pinjaman MARA ni agak beruntung nasib mereka. Tiap-tiap bulan mereka dibayar elaun sara diri sebanyak RM600. Malahan lebih bernasib baik lagi, jikalau mereka lulus pointer CGPA 3.3 ke atas. Itu sudah dikira biasiswa berbanding dengan kami peminjam PTPTN iaitu CGPA 4.0. Hidup pun wa cakap sama lu mewah beb!. Tiap-tiap bulan shopping baju baru dan tukar handphone.




Lagi satu aku nak tekankan, MASIH INGAT LAGI DENGAN ISU LAMBAKKAN SISWAZAH KEJURURAWATAN YANG MENGGANGUR. Yup, mungkin dalam masa 5 tahun lagi kita akan mengalami krisis lambakkan jururawat kerana terlalu banyak kolej menawarkan pengajian dalam bidang ini sekarang. Malahan di kawasan Lembah Kelang ni sendiri sudah berapa banyak IPT yang menawarkan pengajian dalam bidang kejururawatan untuk para anak dara orang lepasan SPM. Masing-masing setiap kolej ni memiliki ribuan pelajar kejururawatan dan korang paham-pahamlah sendiri. Depa belajar dalam course tu bukan free beb. Bayar tau tak!. Dari mana kalau tak bukan lagi PTPTN!


Pada tahun lepas aku berkesempatan berchatting dengan sorang awek Masterskill di YM dan Facebook. Dalam sibuk melayan chatting sambil cucuk-cucuk jarum nak menekel aku pun sempat bertanya sekali mengenai berapa jumlah pinjaman yang dia ambil. Mau aku tak terkejut beruk dengar apa dia cakap, RM60,000 siot!. Pergh, lagi banyak daripada apa yang aku pinjam iaitu RM24,000. Aku tak dapat bayangkan kalau aku jadi suami dia jika ada jodoh maka tak pasal-pasal aku pun terheret sama hendak membayar hutangnya sekali beb. Mana taulah, nasib baik awek aku bukan budak nursing kalau tak nayer aku kena tanggung hutang dia bila berkahwin kelak.




Bukan setakat pinjaman dia jer yang banyak, kehidupan sendirian di Kuala Lumpur pun agak kesulitan. Bayangkan dalam sehari pun dia susah nak makan, kalau disebut fast-food lagilah terliur tapi apakan daya. Duit tak mencukupi nak belanja diri sendiri makan beb. Itu baru masa tengah belajar bai, bayangkan bila tengah bekerja kelak?. Dengar khabar dengan lambakkan jururawat yang bakal berlaku di pasaran pekerjaan tak lama lagi agaknya bagaimana pulak kehidupan mereka selepas graduate kelak?. Mau kerja apa dengan segulung Diploma Kejururawatan yang skopnya hanya tertangkup di dalam ruang hospital dan klinik sahaja?. Hutang PTPTN pun tak bayar lagi!. So, apa langkah yang patut kerajaan lakukan untuk menangani permasalahan ini?. 


Begitulah dilema keperitan hidup yang dihadapi oleh pelajar IPTS yang meminjam wang PTPTN untuk melanjutkan pelajaran mereka. Aku yakin yang berdemo kelmarin tu majoriti budak-budak IPTA dimana yuran yang mereka bayar adalah sedikit ciput berbanding dengan kami para penuntut IPTS. Cuma masalah yang bakal dihadapi mereka adalah hendak menjelaskan hutang PTPTN apabila graduate kelak dengan pekerjaan pun masih tak dapat-dapat.


So, siapa sebenarnya yang bersalah dalam isu ini?. KERAJAAN YANG MELULUSKAN PTPTN, MANAGEMENT PTPTN SENDIRI ATAUPUN KOLEJ SWASTA MENCEKIK DARAH PARA PELAJAR DENGANG YURAN-YURAN YANG MELAMPAU?


BERSAMBUNG DI BAHAGIAN DUA 


SHACKLESMITH : SEMENTARA AKU MENYIAPKAN SAMBUNGANNYA, KORANG LAYANLAH LAGU NIE.. SUITS THE MOOD KOT. HAHA





No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget